Kamis, 26 Januari 2012

Kenal dengan sistem angka desimal?? Lalu siapakah Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi??

Beliau lebih dikenal dengan al-Khwarizmi, ahli matematik dan ahli falak berketurunan Parsi yang bekerja untuk Khalifah di Baghdad. Beliau menulis beberapa buah buku penting dan hari ini dikenali karena memperkenalkan sistem angka desimal yang kita gunakan sekarang. Sistem tersebut dibangunkan di India pada kurun ke-6M, namun sistem ini hanya diketahui orang Eropah pada kurun ke-13, melalui terjemahan Latin karya al-Khwarizmi. Karya-karya matematik Eropah pada Zaman Pertengahan menggunakan frasa "dixit Algorismi" ("begitulah kata al-Khwarizmi") ketika menggunakan sistem angka desimal; dari sini perkataan "algorithm" terbit. Juga perkataan "algebra" terbit daripada salah satu karya beliau, Al-Jabr wa-al-Muqabalah, yang membicarakan persamaan matematik, polinomial, pecahan dsb. - khususnya karya tersebut menerangkan cara mengetahui kuantiti majhul dalam persamaan dengan melakukan imbangan yang memelihara persamaan. Walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau beragama Majusi, sukar untuk menafikan kedudukan beliau sebagai seorang Muslim berdasarkan nama beliau sempena nama Nabi Muhammad. Apa pun, karya beliau akan selalu kekal dalam arus perdana sejarah intelek Islam. Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra dan algorithm disebabkan karya-karya penting beliau dalam bidang-bidang tersebut.
Untuk mengetahui seluk beluk beliau di bidang matematik, silahkan klik download

Tidak ada komentar:

Posting Komentar